Saturday, August 23, 2008

Salam Kenalan

Ini adalah blog tidak rasmi untuk Sekolah Kebangsaan Padang Perahu. Segala aktiviti akan dimuatkan di dalam blog ini sebagai salah satu cara untuk menyampaikan maklumat serta berita tentang aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah ini. Blog ini juga adalah kesinambungan projek sekolah yang dilaksanakan oleh Puan Syahidah dan Puan Nurul Hidayah selaras dengan penerbitan buletin sekolah yang diberi nama Tinta's Bulletin. Selamat melayari blog kami. Segala cadangan bolehlah dikemukakan kepada saya selaku admin yang tidak rasmi ini.